26 September 2016 - 16:26
Jabhat al-Nusra Perolehi Peluru Berpandu Secara Langsung Dari Amerika Syarikat

Kumpulan pengganas yang dikaitkan dengan Al Qaeda Jabhat al-Nusra memperolehi peluru berpandu anti-kereta kebal TOW secara langsung dari Amerika Syarikat, menurut majalah Fokus yang diterbitkan di Jerman

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Kumpulan pengganas yang dikaitkan dengan organisasi Al Qaeda, Jabhat al-Nusra memperolehi peluru berpandu anti-kereta kebal TOW secara langsung dari Amerika Syarikat, menurut majalah Fokus yang diterbitkan di Jerman, dengan merujuk kepada sebuah sumber yang merupakan salah seorang daripada pemimpin pertubuhan pengganas tersebut.

"Mereka memberikan kami peluru berpandu secara langsung. Tentera Amerika memihak kepada kita," dakwa pengganas itu kepada wartawan Kölner Stadt-Anzeiger Jürgen Todenhöfer.

Majalah Jerman itu mengesahkan bahawa temuduga dengan sumber tersebut itu berlaku pada 10 hari yang lalu. Pada masa yang sama komander kepada pertubuhan pengganas itu juga mengatakan bahawa, mereka tidak akan membenarkan konvoi PBB -yang kemudiannya diserang dari udara- untuk memasuki Aleppo melainkan jika tentera Assad berundur. Beliau juga memberi jaminan bahawa pejuang tidak akan pernah berkompromi dan akan terus melawan "sehingga jatuhnya rejim Assad".